Kedudukan Bandar Tangkak juga berhampiran dengan Gunung Ledang yang merupakan pusat pelancongan dan mempunyai pemandangan yang indah dan air terjun yang jernih. Ia juga bersempadan dengan Jasin, Melaka dan lebih kurang 45 minit dari bandar Melaka. Dari Kuala Lumpur, Tangkak hanya kira-kira 2 jam perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar ke Tol Tangkak dan belok ke kanan. Bandar Tangkak hanya kira-kira 3 minit dari Susur keluar tol. Ia terletak dalam daerah Ledang. Infrastruktur Tangkak seperti bandar-bandar lain di Malaysia mempunyai sistem jalan raya yang baik dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti sekolah, hospital dan pusat pendidikan seperti Kolej Matrikulasi Johor, Institut Latihan Perindustrian Sagil, Kolej Komuniti Ledangdan Pusat Kegiatan Guru Tangkak. Tarikan utama Tangkak dikenali di kalangan penduduk tempatan dengan gelaran Syurga Kain atau Bandar Fabrik kerana mempunyai banyak kedai kain yang menjual pelbagai fabrik yang cantik. Memang...