Skip to main content

TANGKAK FAV PLACES


Kedudukan

Bandar Tangkak juga berhampiran dengan Gunung Ledang yang merupakan pusat pelancongan dan mempunyai pemandangan yang indah dan air terjun yang jernih. Ia juga bersempadan dengan Jasin, Melaka dan lebih kurang 45 minit dari bandar Melaka. Dari Kuala Lumpur, Tangkak hanya kira-kira 2 jam perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar ke Tol Tangkak dan belok ke kanan. Bandar Tangkak hanya kira-kira 3 minit dari Susur keluar tol. Ia terletak dalam daerah Ledang.


Infrastruktur

Tangkak seperti bandar-bandar lain di Malaysia mempunyai sistem jalan raya yang baik dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti sekolah, hospital dan pusat pendidikan seperti Kolej Matrikulasi Johor, Institut Latihan Perindustrian Sagil, Kolej Komuniti Ledangdan Pusat Kegiatan Guru Tangkak.


Tarikan utama

Tangkak dikenali di kalangan penduduk tempatan dengan gelaran Syurga Kain atau Bandar Fabrik kerana mempunyai banyak kedai kain yang menjual pelbagai fabrik yang cantik. Memang tidak dapat dinafikan apabila menjejakkan kaki ke Tangkak, kita boleh lihat dari kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan deretan kedai-kedai kain tersebut


Pelancongan

Bandar Tangkak hanya 17km dari Gunung Ledang yang merupakan gunung tertinggi di Johor. Gunung ini dapat dilihat dengan jelas dari mana-mana sudut bandar Tangkak. Gunung Ledang terkenal dalam lagenda Puteri Gunung Ledang.


























Comments

Popular posts from this blog

NICE VIEW

Suasana Kolej Matrikulasi Johor. apa yang istimewanya KMJ nih? Entah. Aku tak tahu langsung masa awal awal masuk dulu. Tapi bila lama lama kat situ, banyakk sangat keistimewaan yang aku nampak.  Kelapa sawit Gunung ganang Padang Langit  Kabus ala ala di Londonn Lecturer <3 nbsp="nbsp"> Lecturer kat KMJ memang sempoi, best, sporting gila! Secara keseluruhannya, konklusi yang dapat aku simpulkan sepanjang aku kat matrik dulu ialah..  Manusia ibarat rubber band. kita takkan tahu kemampuan kita selagi kita belum cuba untuk cuba pergi lebih jauh. cuba try tarik rubber band tu. jauh, kan dia boleh pergi? hihi tapi kalau tarik rubber band over sangat boleh putus. kita jangan pula over seperti itu. Be yourself, percaya pada kemampuan anda. Anda boleh. You will never know it until you try it.  

asrama life in KMJ

for asrama life i n kmj, sama je ngan asrama biasa cuma makan kat sini support sendiri. so hmm. pasal asrama tak banayk sangat benda yang beza sebab dah biasa kan duduk asrama. 5 tahun kott. so macam halahh celah kuku je. yaa this is my roomates. ok for kmj punya asrama ada 6 blol. 2 blok laki 4 blok perempuan. nama blok nya pon simple je. blo A, B,C , D, E and F. so aku perempuan kan . haa aku blok C. Berdekatan dengan MASJID, berdekatan dengan koop, siswa dan sebagai nya. dekat ngan masjid pun seminggu sekali dua kali je pergi. nampak tak anak muda sekarang. haihh tak patut kan. azan subuh pun tak kedengaran. haa camane tu. itulah function nya roomate. CTI.3 Members roomates i ni semua baik baik, caring plak tu sape tak sayang kan. haha. walaupon banyak kali berperang mulut dengan one of them. agak agak yang mana. hahahaha. ok sebelah katil i yang tiba tiba sesat pakai baju tshirt belakang tu muka macam ... tu haa. itu nama nya zura. dia ni budak modul tiga. so hi...